August 13, 2011

He loves me, he loves me not




I dun have tym utk petik kelopak bunga matahari, satu persatu..dengan harapan kelopak bunga yg terakhir tertulis 'he loves me'. NO! that's sooo not  me.. buat sampah ja tu bunga..bagus p siram daripada dibuang..lgpun, sy xda taman bunga..mau petik bunga di tepi jalan,takut nnt kena marah Majlis bandaraya..petik bunga jiran2,lagila..free2 nnt kena kejar guna penyapu. 

Tapi..saya ada taman dalam hati..di taman hati sy, ada bunga..so, sy petik bunga dalam hati,dalam fikiran ja..imagine2..dgn harapan yg sama..the last petal akan tertulis 'he loves me'. 

Of course i love him..n that's why i want him to love me too. Sy x mau perasan..syok sendiri..sandi jg klau begitu. I know that he loves me..but sometym, i don't trust him..why? adalah sebabnya.. am being a girl/woman..harus la emotional & sensitive..sentiasa mau perhatian.. bila x kena layan @ being ignored by him..mulala timbul rasa ketidakpercayaan. fikir yg bukan2..merajuk,buat drama TV1..dia pujuk,sy buat2 jual  mahal..dia xpujuk,sy buat drama..sgtlah Drama Queen of the year. Minta perhatian ja lebih.. mmm..kdg2, kesian pula him kan? 

Kenapa kaum hawa suka merajuk?penuh emosi & sooooo sensitif? mesti kaum adam selalu pening kepala sb tu.. hehe..sy pun xtau kenapa. Tp xsemua perempuan begitu kan?kan? perempuan pun ada masalah juga..masalah dgn lelaki yg kurang sensitif & xda emosi..pening juga kami kaum hawa.

Sy penat merajuk,buat drama..i love my relationship & i want my relationship to honor & glorify God. kalau hari2 bergaduh,hari2 merajuk...you better 'rest' from that relationship & give space to each other. Mungkin ada silap dalam relationship kamu, yg di mana Tuhan tidak berkenan. Mungkin kamu lebih menyayangi pasangan kamu lebih drpd kamu menyanyi Tuhan?mengutamakan hubungan dgn pasangan lebih drpd kmu mengutamakan hubungan dgn Tuhan? Tepuk dada..tanya selera..

Almost 2 years sy in a relationship..sy saaangaaaat bersyukur kepada Tuhan sb kmi xpernah bergaduh ..merajuk pernah la..tu pun sy yg selalu merajuk..hehe tp sy xpernah merajuk lama..paling lama pun 1 hari ja. kenapa?? sy xda amal apa2 ilmu pengasih,jumpa bomoh ka..sy xda ikut mana2 kursus jg..tp sy pengikut Yesus, sy ikut apa yg Yesus ajar & sy ikut apa yg tertulis di dalam firman Tuhan dan sy praktikkan semua firman Tuhan dalam hubungan sy.. begitulah ceritanya. Bagaimana?kenapa? lihat di bawah utk jawapan.hehe 

Pertama... Sebab dalam firman Tuhan berkata. "apabila kamu menjadi marah, janganlah kamu berbuat dosa; jangan matahari terbenam, sebelum padam amarahmu dan janganlah beri kesempatan kepada iblis." (Efesus 4:26-27) 

[Jadi..janganlah marah2 ya..bilang sayang..kalau sayang,janganlah marah. kalau ada salah, tegur la bagus2,bincang bagus2..xbagus marah lama2..marah tu sifat iblis..marah lama2 pun xda gunanya sb xkan ada penyelesaian.]


Kedua... Semua org yg percaya tahu bahawa "kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi ia bersukacita kerana kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu." (1 Korintus 13: 4-7) 


[Ini ngam utk siapa2 yg kaki merajuk. Xperlu sy explain sb sangat jelas apa itu maksud kasih yg Tuhan sampaikan kpd kita dalam firman di atas. Setiap kali sy mo mulakan drama,mo merajuk..Tuhan sentiasa ketuk kepala sy & tegur sy dgn firman ni. Trus xjadi buat drama lepas tu.hehe]


Ketiga.. "kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya" (Galatia 6:7)


[i'm serious in my relationship..sy bukan suka2,bukan utk mengisi masa lapang,bukan utk cuba try test. NO! sy inginkan sebuah hubungan yg berbuah..yg diberkati Tuhan. Kalau kmi sentiasa bergaduh,sentiasa berselisih,sentiasa salah sangka,xpercaya antara satu sama lain,sentiasa cemburu..jika itu yg kami tanam dalam hubungan kami,maka apa yg kami tuai adalah mungkin perpisahan/perceraian,mungkin juga kmi akan membina sebuah keluarga yg hancur. Jadi,tanamlah kasih dan kesabaran dalam hubungan agar hubungan itu berkenan di depan Tuhan, diberkati & lancar] 


Keempat... "Barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil, ia setia juga dalam perkara-perkara besar. Dan barangsiapa tidak benar dalam perkara-perkara kecil, ia tidak benar juga dalam perkara-perkara bessar." (Lukas 16:10)

[kalau ada yg mengatakan dirinya mengasihi Tuhan,setia akan Tuhan, tetapi tidak setia dalam hubungan, 'playboy/playgirl cap salib' la tu..adakah org tu betul2 mengasihi Tuhan? jeng..jeng..jeng.. kalau perkara yg kecil di dunia ni,kita xdapat setia,bagaimana kita mau setia dgn perkara yg besar di syurga? Hah..jawab.] 




Kelima... yang paling penting.."orang yang menduakan hati tidak akan tenang dalam hidupnya." (Yakobus 1:8)


[Berhentila dr petik bunga, ragu2 sama ada he loves me @ he loves me not. Buang masa.buang tenaga. Tanam balik bunga yg kmu sudah cabut. We need to trust each other..& we need to trust God too. Percayalah akan rencana Tuhan sebab rencanaNya adalah rencana yg terbaik. If u & ur partner are serious in ur relationship, obey God. Jgn bimbang..sb orang yang bimbang sama dgn gelombang laut, yang diombang-ambingkan oleh angin & xkan menerima sesuatu dari Tuhan. (Yakobus 1:6-7)] 


Baiklah ibu2,bapa2,anak2..banyak lagi firman Tuhan yg boleh mendorong & memimpin kita dalam
hubungan. Pokoknya di sini dong..jadikan Tuhan sebagai dasar dlam hubungan supaya hubungan
diberkati, dipimpin & disertai Tuhan. Kasihi Tuhan terlebih dahulu sebelum mengasihi pasangan. Pastikan Tuhan terletak di carta paling atas sebagai yang paling disayangi dalam hidup kita.  
Tuhan memberkati..^^


No comments:

Post a Comment